MOZAC





Photo Cube Generator



Ditubuhkan 1976.Sekolah Sains pertama di Melaka.Mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah sultan Melaka ke 4 menduduki tahta.“Syahdan adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan terlalu baik fial baginda, dengan adil dan murah dan saksama pada memeriksa rakyat, adalah ianya menyuruh membuat undang-undang, supaya jangan lagi bersalahan adat serta hukuman menterinya "Muzaffar": juga ialah perkataan arab yang membawa maksud “menang”. Perkataan Sultan ditinggalkan ialah untuk mengekalkan sebutan ringkas iaitu . S.M.S.M.S (Moz@c)

Misi
Meyediakan pendidikan bermutu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang berwibawa dan bersahsiah mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi
Menjadikan warga sekolah ini sentiasa bersikap membina dan beriman berpaksikan ilmu pengetahuan menjelang tahun 2020.




Lencana
Lencana sekolah mengandungi bentuk-bentuk utama sebagai jangka ukur, model atom dan semi-gear yang sekaligus melambangkan ketelitian dan kejituan dalam sebarang kerja dan keseluruhan pemikiran secara saintifik bagi mengisi keperluan pembangunan dan perpaduan negara melalui pendidikan.
Warna kuning, biru dan merah yang digunakan adalah melambangkan ketabahan dalam mencapai cita-cita murni dengan berlandaskan keunggulan undang-undang agama, negara dan sekolah.




Bendera
BIRU melambangkan cita-cita murni.
KUNING melambangkan keunggulan undang-undang sekolah, negara dan agama.
MERAH melambangkan kesungguhan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran.
JANGKA UKUR melambangkan ketelitian dan kejituan.
MODEL ATOM melambangkan keluhuran pemikiran secara saintifik.
SEMI-GEAR melambangkan objektif sekolah menambahkan bilangan pelajar dalam bidang professional sains dan teknologi.

Lagu Sekolah
Sekolah Muzaffar Syah Melaka
Ikhlas mendidik putera dan puteri
Hasrat mulia tersemat di jiwa
Bersikap membina amal sentiasa
Majulah Muzaffar Syah Melaka
Bonda kandung yang kami kasihi
Inilah janji kami padukan
Nama harummu tetap dijaga
Semoga yang maha kuasa
Memberikan restu setiap masa
Kita pelajar bertatasusila
Amanah rakyat dijunjung bersama
Mencari ilmu dasar utama
Untuk pertiwi kita berjasa